Mencari kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan memerlukan penelitian dan kajian yang terperinci.
Bagi anda yang tinggal di negeri Selangor, terdapat beberapa projek kediaman impian yang anda boleh miliki.
Di sini, kami kongsikan projek rumah impian di Selangor yang pasti menjadi pilihan anda.
Apa Itu Rumah Impian?
Sebelum itu, mari kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan rumah impian.
Rumah impian adalah kediaman yang boleh dimiliki atau dibeli oleh sesiapa yang mempunyai pendapatan sederhana.
Selain situasi pasaran semasa, kemampuan memiliki rumah biasanya terletak pada komitmen bulanan.
Ramai yang mengimpikan kediaman sendiri, lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.
Apatah lagi, rumah sentiasa diibaratkan sebagai ‘syurga’ selepas seharian berurusan di luar dan bekerja - ia menjadi tempat untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Definisi rumah impian bagi setiap orang berbeza-beza.
Ada yang sukakan rumah satu tingkat, ada yang mahu rumah banglo, ada juga yang mahu bina rumah di kawasan dikelilingi pokok-pokok.
Jenis-jenis Rumah Idaman
1. Rumah Teres
Biasanya mempunyai sedikit tanah kosong sama ada di hadapan atau belakang, atau kedua-duanya untuk penghuni bercucuk tanam dan sidai baju.
Paling menarik kalau dapat rumah corner lot. Ada yang membina mini pool atau kolam ikan atau menambah lagi ruang dalaman rumah.
2. Rumah Lot
Jenis rumah yang dibina di atas satu tanah lapang mengikut citarasa si pemiliknya.
Rumah sebegini banyak dilihat di kawasan luar bandar atau kampung, di mana sekeliling rumah biasanya dibiarkan bertanah untuk menanam pokok dan sebagainya.
3. Rumah Berkembar
Ini menjadi impian ramai orang untuk memiliki rumah sebegini kerana lebih privasi.
4. Banglo
Seperti juga rumah lot, rumah ini mempunyai keluasan yang agak luas di sekelilingnya dan jarak di antara rumah juga agak jauh.
5. Kondominium
Ini merupakan rumah strata mewah dengan reka bentuk luas dan moden selain terdapat pelbagai kemudahan jika dibandingkan dengan rumah flat dan apartmen.
9 Contoh Ruang Dalaman Rumah Idaman Yang Disukai Ramai
1. Rumah Kayu Minimalis
Ramai orang kini gemar dengan konsep rumah sebegini kerana bertumpu kepada dekorasi.
Gabungan rumah dari kayu dengan gaya minimalis pasti menambat hati mereka yang suka hiasan yang ringkas.
2. Ruang Makan Bak Kafe Hipster
Anda gemar minum kopi di kafe hipster? Apa kata hadirkan suasana yang sama di rumah anda.
3. Dapur Dengan Konsep Monochrome
Kalau nak isteri rajin masak di rumah, apa kata belanja lebih sikit untuk interior di dapur.
Konsep monochrome hari ini makin mendapat tempat kerana kelihatan lebih mewah walaupun ringkas.
4. Bilik Tidur Seperti Hotel 5 Bintang
Seharusnya bilik tidur menjadi tempat yang paling selesa buat penghuni rumah selepas seharian bekerja di pejabat atau berurusan di luar.
5. Meja Make Up Yang Menarik – Ini juga pelengkap kepada bilik tidur, terutama bagi wanita. Sesuaikan saiznya dengan luas bilik dan pilih bentuk yang bersesuaian.
6. Taman Rumah – Ada yang gemar bercucuk tanam kan? Untuk rumah yang redup di bahagian halaman, apa kata hiaskan dengan tanaman jenis indoor. Pasti menarik dan nampak lain!
7. Bilik Mandi Dengan Konsep Semulajadi
Pernah dengar orang kata idea datang ketika sedang mandi?
Suasana di bilik mandi juga mampu mempengaruhi mood seseorang. Jika bilik anda bersaiz besar, apa kata letak tab mandi dan hiaskan dengan pokok agar nampak lebih semulajadi.
8. Rak TV Seperti Menonton Wayang – Nak feel tengok tv di rumah seperti menonton wayang? Anda boleh tiru beberapa konsep seperti di bawah.
9. Hiasan Lampu Chandelier
Sama ada di ruang tamu atau ruang makan, hiasan lampu sarat seperti ini memainkan peranan penting dalam menaikkan suasana sesuatu ruang.
Rumah Impian KITA @ Cybersouth
Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang berkualiti dan selesa dengan suasana yang tenang dan mendamaikan buat seisi keluarga.
Pelbagai perkara perlu diambil kira untuk membeli rumah. Salah satunya adalah lokasi.
Sekiranya anda sedang mencari kawasan perumahan di sekitar Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, KITA @ Cybersouth adalah jawapannya!
Ianya terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.
KITA @ Cybersouth adalah kawasan perumahan 100% Melayu dengan keluasan 633 ekar.
Kawasan perumahan rumah impian ini boleh dicapai dengan beberapa lebuh raya utama seperti:
- Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
- Lebuhraya Maju (MEX),
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
- Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE),
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
- Jalan Dengkil - Banting.
Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (apartmen).
Miliki rumah impian anda hanya di Kita @ Cybersouth.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.