Rumah Bandar

Unit Terhad

Dalam Pembangunan

3 Bilik Tidur

2 Bilik Air

2 Lot Parkir

Keluasan Tapak

22' x 75'

Harga bermula dari

RM429,900

LOKASI

Dengkil, Selangor

100%

Tanah Rizab Melayu

KE PUTRAJAYA

2.5 km

KE KLIA / KLIA 2

22.5 km

SAYA NAK!

Pengenalan

Erat . Ceria . Praktikal

Unit kediaman bagi keluarga muda yang ideal, KITA Mekar Rumah Bandar dibina dengan ciri-ciri ruang selesa bagi setiap ahli keluarga. Dengan keluasan yang praktikal serta ruang taman mini yang menyejukkan mata, rumah bandar ini pasti menjanjikan memori bermakna dan abadi pada setiap pemiliknya.

Ramai orang mahukan rumah bandar sebagai pilihan kediaman mereka. Anda mungkin salah seorang yang selalu berhajat nak memiliki sama ada sebuah kondominium, rumah teres, ataupun pangsapuri, asalkan ia terletak di kawasan bandar yang strategik. Rumah bandar ada banyak kelebihan dan ciri-ciri tersendiri untuk anda mengalami gaya hidup serba moden dan selesa. Jadi tak hairanlah jika anda merupakan salah satu orang yang berlumba-lumba untuk mendapatkan rumah di bandar sebagai kediaman pilihan.

Tapi ramai orang masih ambil ringan dalam meneliti rumah pilihan mereka. Dalam keseronokan untuk memiliki rumah bandar, anda perlu bijak memilih sebelum mendaftar atau menempah satu-satu hartanah itu. Perbelanjaan untuk rumah bukanlah perkara yang boleh buat main-main.

Kalau nak rumah bandar yang elok, KITA @ Cybersouth dapat memberikan anda macam-macam pilihan. Tapi sebelum itu, kita mesti ketahui ciri-ciri projek perumahan yang baik sebelum kita buat keputusan muktamad.

Pemaju Yang Dipercayai

Macam mana nak tahu jika projek perumahan itu dibangunkan oleh pihak yang dipercayai? Kadang-kadang ada rumah bandar yang ditawarkan dengan harga yang terlalu baik sampai kita jadi sangsi. Inilah sebab utama latar belakang pemaju perlu disiasat sebelum membuat tempahan rumah bandar impian kita.

Pemaju yang berkualiti itu mempunyai sejarah dan rekod pembinaan rumah yang baik dan bersih. Anda perlu layari laman web mereka dan teliti semua projek yang mereka telah jalankan dengan jayanya sebelum ini. Kenali pemaju pilihan anda dengan terperinci dan dapatkan semua maklumat yang anda perlukan sebelum membuat sesuatu tempahan hartanah.

Jauh Sedikit Dari Pusat Bandar

Memang ramai nak rumah bandar sebab akses yang mudah kepada kemudahan keperluan harian, zon komersial dan tempat kerja. Tapi kita memang tak boleh nafikan bahawa pusat bandar itu sering sesak dan sibuk. Terutamanya di Malaysia, kawasan pusat bandar sering dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu-pusu dari semua arah. Kualiti udara di pusat bandar juga sekali gus menjadi rendah dan anda akan terganggu dengan bunyi bising terutamanya pada waktu puncak.

Oleh itu, anda harus memilih rumah bandar yang terletak jauh sedikit daripada pusat bandar. Rumah bandar yang tidak terlalu dekat dengan kota raya sememangnya lebih selesa dan selamat untuk anda sekeluarga. Lokasi rumah yang baik masih dapat memberikan anda akses mudah kepada kemudahan di pusat bandar tanpa perlu tinggal di dalam kesesakan dan kesibukan bandar raya.

Corak Pembangunan Yang Baik

Apakah yang akan terjadi pada kawasan rumah itu dalam masa lima hingga sepuluh tahun yang akan datang? Projek perumahan bandar selalunya dibangunkan di kawasan-kawasan yang masih membangun. Jadi anda perlu tahu pelan pembangunan kawasan itu untuk kemudahan seisi keluarga pada masa depan. Adakah kawasan anda akan disediakan dengan kemudahan perkhidmatan kesihatan seperti klinik dan hospital? Adakah sekolah akan dibina di kawasan itu? Corak pembangunan seperti ini perlu anda titik beratkan sebelum membeli atau membuat keputusan untuk menempah hartanah di situ.

Rumah Bandar Idaman Anda di KITA Mekar, KITA @ CyberSouth

Impian anda untuk gaya hidup serba moden dan tenang kini dapat direalisasikan sekarang juga dengan harga mampu milik. Lihat rumah contoh KITA Mekar di Cybersouth sekarang untuk ketahui ciri-ciri rumah bandar idaman anda yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Keindahan rekreasi kini milik anda di KITA Mekar dengan laman komuniti, taman permainan, gelanggang badminton dan banyak lagi. Pilihlah KITA Mekar sekarang kerana anda akan ada kediaman di kawasan strategik. Kunjungi lokasi kami sekarang yang terletak di koridor Lembah Kelang di antara Putrajaya dan Cyberjaya. Cybersouth juga boleh memberikan anda akses kepada kawasan komersial yang hebat seperti pusat beli-belah D’Pulze, Aeon, dan Alamanda Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah bandar idaman anda sekarang. Ketahui pelan lantai, risalah promosi, dan status pemaju projek perumahan ini sekarang. Lawati rumah contoh secara maya yang realistik sekarang di laman web KITA Mekar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi kami di https://www.lbscybersouth.com.my/projects/kita-mekar-rumah-bandar/.

Spesifikasi

Spesifikasi Bangunan

StrukturKonkrit Bertetulang
DindingDinding Konkrit Bertetulang / Dinding Batu Bata / Dinding ‘Masonry’
BumbungJubin Gentian Konkrit / Dek Logam / Bumbung Rata Bertetulang Konkrit
SilingPlaster / Lapisan Skim / Kepingan Simen
TingkapTingkap Kaca Berbingkai Aluminium
Pintu

Pintu Papan Rata / Pintu Gelongsor Berbingkai Aluminium

KunciSet Kunci Berkualiti

Kemasan Lantai

Anjung KeretaCetakan Konkrit
Ruang Tamu / Ruang MakanJubin Seramik
DapurJubin Seramik
Semua Bilik AirJubin Seramik
Semua Bilik TidurJubin Seramik
Lain-lainLepaan Simen

Kemasan Dinding

LuaranCat Perlindungan Cuaca
DalamanCat Emulsi
DapurJubin Dinding Berketinggian 2100mm
Semua Bilik AirJubin Dinding Berketinggian Siling

Pemasangan Sanitari(Tingkat Atas Dan Bawah)

Tandas Duduk2 Unit
Basin Basuh Tangan2 Unit
Pancuran Mandi2 Unit
Tap Basin2 Unit
Pili Air2 Unit
Sinki Dapur1 Unit

Pemasangan Elektrik (Tingkat Bawah)

Mata Lampu14 Unit
Mata Penghawa Dingin2 Unit
Mata Palam11 Unit
Mata Kipas Siling5 Unit
Mata TV1 Unit
‘FWS’1 Unit
Mata Pemanas Air1 Unit

Pemasangan Elektrik (Tingkat Atas)

Mata Lampu13 Unit
Mata Penghawa Dingin2 Unit
Mata Palam11 Unit
Mata Kipas Siling5 Unit
Mata TV1 Unit
‘FWS’1 Unit
Mata Pemanas Air1 Unit

PELAN LANTAI

  • Rumah Bandar (22′ X 75′)

    KELUASAN BINAAN KASAR:
    1,346 KAKI PERSEGI (TINGKAT BAWAH)
    1,483 KAKI PERSEGI (TINGKAT ATAS)
    KITA Mekar Rumah Bandar Pelan Lantai

Kemudahan

Mengimbau ke masa silam dengan nostalgia permainan kanak-kanak suatu ketika dulu.Dengan elemen budaya Melayu yang diterapkan di setiap fasiliti dan kemudahan, KITA Mekar menawarkan aktiviti riadah dan santai yang sesuai untuk semua lapisan usia di dalam kawasan kejiranan yang dikelilingi rimbunan flora dan fauna serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang khusus.
*Lakaran Artis
Kunjungi Galeri Jualan Kami

Senarai Kemudahan di KITA Mekar

  • Anjung Masuk Utama
  • Plaza Batik
  • Teratak Batik
  • Pangkin
  • Lorong Beroda
  • Padang Cabaran (obstacle)
  • Dinding Memanjat
  • Halaman Santai Berkelah
  • Amphitheater
  • Laman Jambori
  • Taman Papan Luncur / Kasut Beroda
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Badminton / Takraw
  • Alat Latih Cergas
  • Laman Permainan Tradisional
    • Galah Panjang
    • Peluk Tiang
    • Sorok - sorok
  • Taman Permainan Bersepadu
  • Trampolin
  • Taman Wangian Puri
  • Anjung Songket Berjalur
  • Teratak Songket
  • Buai Berendoi
  • Laman ‘Grill’ Santai
  • Pagar Sesat
  • Anjung Kelarai
  • Teratak Kelarai
  • Pangkin Kelarai
  • Dam Haji
  • Hopscotch
  • Laman Cabaran
  • Bangku Anyaman
  • Pustaka Saujana
  • Teratak Awan Larat
  • Buaian Berendoi
  • Taman Rahsia
  • Taman Herba & Pelantar

APA KATA MEREKA?

Penafian: Reviu diambil dari senarai Google Maps KITA @ Cybersouth dan bukan rekaan.

Kunjungi Galeri Jualan KITA @ Cybersouth

KITA @ Cybersouth Sales Gallery,
Cybersouth,
43800 Dengkil, Selangor
Kunjungi Galeri Jualan Kami

Lihat Projek Lain Di 

Atau Lihat Semua Projek KITA
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram