Unit Terhad
Dalam Pembangunan
3 Bilik Tidur
2 Bilik Air
2 Lot Parkir
Keluasan Tapak
22' x 75'
Harga bermula dari
RM429,900
LOKASI
Dengkil, Selangor
100%
Tanah Rizab Melayu
KE PUTRAJAYA
2.5 km
KE KLIA / KLIA 2
22.5 km
Unit kediaman bagi keluarga muda yang ideal, KITA Mekar Rumah Bandar dibina dengan ciri-ciri ruang selesa bagi setiap ahli keluarga. Dengan keluasan yang praktikal serta ruang taman mini yang menyejukkan mata, rumah bandar ini pasti menjanjikan memori bermakna dan abadi pada setiap pemiliknya.
Ramai orang mahukan rumah bandar sebagai pilihan kediaman mereka. Anda mungkin salah seorang yang selalu berhajat nak memiliki sama ada sebuah kondominium, rumah teres, ataupun pangsapuri, asalkan ia terletak di kawasan bandar yang strategik. Rumah bandar ada banyak kelebihan dan ciri-ciri tersendiri untuk anda mengalami gaya hidup serba moden dan selesa. Jadi tak hairanlah jika anda merupakan salah satu orang yang berlumba-lumba untuk mendapatkan rumah di bandar sebagai kediaman pilihan.
Tapi ramai orang masih ambil ringan dalam meneliti rumah pilihan mereka. Dalam keseronokan untuk memiliki rumah bandar, anda perlu bijak memilih sebelum mendaftar atau menempah satu-satu hartanah itu. Perbelanjaan untuk rumah bukanlah perkara yang boleh buat main-main.
Kalau nak rumah bandar yang elok, KITA @ Cybersouth dapat memberikan anda macam-macam pilihan. Tapi sebelum itu, kita mesti ketahui ciri-ciri projek perumahan yang baik sebelum kita buat keputusan muktamad.
Macam mana nak tahu jika projek perumahan itu dibangunkan oleh pihak yang dipercayai? Kadang-kadang ada rumah bandar yang ditawarkan dengan harga yang terlalu baik sampai kita jadi sangsi. Inilah sebab utama latar belakang pemaju perlu disiasat sebelum membuat tempahan rumah bandar impian kita.
Pemaju yang berkualiti itu mempunyai sejarah dan rekod pembinaan rumah yang baik dan bersih. Anda perlu layari laman web mereka dan teliti semua projek yang mereka telah jalankan dengan jayanya sebelum ini. Kenali pemaju pilihan anda dengan terperinci dan dapatkan semua maklumat yang anda perlukan sebelum membuat sesuatu tempahan hartanah.
Memang ramai nak rumah bandar sebab akses yang mudah kepada kemudahan keperluan harian, zon komersial dan tempat kerja. Tapi kita memang tak boleh nafikan bahawa pusat bandar itu sering sesak dan sibuk. Terutamanya di Malaysia, kawasan pusat bandar sering dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu-pusu dari semua arah. Kualiti udara di pusat bandar juga sekali gus menjadi rendah dan anda akan terganggu dengan bunyi bising terutamanya pada waktu puncak.
Oleh itu, anda harus memilih rumah bandar yang terletak jauh sedikit daripada pusat bandar. Rumah bandar yang tidak terlalu dekat dengan kota raya sememangnya lebih selesa dan selamat untuk anda sekeluarga. Lokasi rumah yang baik masih dapat memberikan anda akses mudah kepada kemudahan di pusat bandar tanpa perlu tinggal di dalam kesesakan dan kesibukan bandar raya.
Apakah yang akan terjadi pada kawasan rumah itu dalam masa lima hingga sepuluh tahun yang akan datang? Projek perumahan bandar selalunya dibangunkan di kawasan-kawasan yang masih membangun. Jadi anda perlu tahu pelan pembangunan kawasan itu untuk kemudahan seisi keluarga pada masa depan. Adakah kawasan anda akan disediakan dengan kemudahan perkhidmatan kesihatan seperti klinik dan hospital? Adakah sekolah akan dibina di kawasan itu? Corak pembangunan seperti ini perlu anda titik beratkan sebelum membeli atau membuat keputusan untuk menempah hartanah di situ.
Sentuhan citarasa moden dan kontemporari menjadi asas kepada hiasan dalaman bagi setiap unit rumah bandar ini. Penataan elemen minimalis yang diterapkan di setiap ruang memberikan nuansa segar dan santai.
Impian anda untuk gaya hidup serba moden dan tenang kini dapat direalisasikan sekarang juga dengan harga mampu milik. Lihat rumah contoh KITA Mekar di Cybersouth sekarang untuk ketahui ciri-ciri rumah bandar idaman anda yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Keindahan rekreasi kini milik anda di KITA Mekar dengan laman komuniti, taman permainan, gelanggang badminton dan banyak lagi. Pilihlah KITA Mekar sekarang kerana anda akan ada kediaman di kawasan strategik. Kunjungi lokasi kami sekarang yang terletak di koridor Lembah Kelang di antara Putrajaya dan Cyberjaya. Cybersouth juga boleh memberikan anda akses kepada kawasan komersial yang hebat seperti pusat beli-belah D’Pulze, Aeon, dan Alamanda Putrajaya.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah bandar idaman anda sekarang. Ketahui pelan lantai, risalah promosi, dan status pemaju projek perumahan ini sekarang. Lawati rumah contoh secara maya yang realistik sekarang di laman web KITA Mekar.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi kami di https://www.lbscybersouth.com.my/projects/kita-mekar-rumah-bandar/.
Struktur | Konkrit Bertetulang |
---|---|
Dinding | Dinding Konkrit Bertetulang / Dinding Batu Bata / Dinding ‘Masonry’ |
Bumbung | Jubin Gentian Konkrit / Dek Logam / Bumbung Rata Bertetulang Konkrit |
Siling | Plaster / Lapisan Skim / Kepingan Simen |
Tingkap | Tingkap Kaca Berbingkai Aluminium |
Pintu | Pintu Papan Rata / Pintu Gelongsor Berbingkai Aluminium |
Kunci | Set Kunci Berkualiti |
Anjung Kereta | Cetakan Konkrit |
---|---|
Ruang Tamu / Ruang Makan | Jubin Seramik |
Dapur | Jubin Seramik |
Semua Bilik Air | Jubin Seramik |
Semua Bilik Tidur | Jubin Seramik |
Lain-lain | Lepaan Simen |
Luaran | Cat Perlindungan Cuaca |
---|---|
Dalaman | Cat Emulsi |
Dapur | Jubin Dinding Berketinggian 2100mm |
Semua Bilik Air | Jubin Dinding Berketinggian Siling |
Tandas Duduk | 2 Unit |
---|---|
Basin Basuh Tangan | 2 Unit |
Pancuran Mandi | 2 Unit |
Tap Basin | 2 Unit |
Pili Air | 2 Unit |
Sinki Dapur | 1 Unit |
Mata Lampu | 14 Unit |
---|---|
Mata Penghawa Dingin | 2 Unit |
Mata Palam | 11 Unit |
Mata Kipas Siling | 5 Unit |
Mata TV | 1 Unit |
‘FWS’ | 1 Unit |
Mata Pemanas Air | 1 Unit |
Mata Lampu | 13 Unit |
---|---|
Mata Penghawa Dingin | 2 Unit |
Mata Palam | 11 Unit |
Mata Kipas Siling | 5 Unit |
Mata TV | 1 Unit |
‘FWS’ | 1 Unit |
Mata Pemanas Air | 1 Unit |
KITA @ Cybersouth Sales Gallery,
Cybersouth,
43800 Dengkil, Selangor
Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang
Isi borang di bawah, pasukan KITA akan menghubungi anda dengan segera.