Buat anda yang masih tercari-cari kediaman untuk keluarga anda, rumah bandar KITA Bayu yang terletak di KITA @ Cybersouth menjanjikan pengalaman yang mengujakan.
Dengan lokasi strategik di antara Cyberjaya dan Salak Tinggi, pastinya rumah di sini bakal memikat hati anda. Mari kita lihat beberapa sebab kenapa anda harus pertimbangkan rumah ini.
Rumah Bandar Yang Luas
Kebanyakan daripada kita semestinya sukakan rumah yang luas untuk tinggal bersama keluarga. Jika anda sedang mencari rumah bandar (townhouse) yang luas, inilah pilihan yang tepat!
Rumah yang dibina di atas tanah berkeluasan 22’ X 75’ ini mempunyai keluasan 1,346 kaki persegi untuk tingkat bawah dan 1,483 kaki persegi untuk tingkat atas.
Rumah yang bukan sahaja selesa dan cantik, malah luas dan lapang juga yang menjadikannya amat sesuai untuk anda sekeluarga yang mahukan rumah yang selesa didiami.
Ini adalah amat penting kerana rumah adalah tempat untuk kita beristirehat setelah seharian menjalani kehidupan di luar.
3 Bilik Tidur Pada Kedua-dua Tingkat
Selain keluasan yang memuaskan, rumah ini juga dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi setiap tingkat, menjadikannya amat ideal untuk anda sekeluarga.
Rumah ini boleh dikatakan mempunyai ruang yang serba lengkap untuk sekeluarga. Selain mempunyai master bedroom, ia juga mempunyai dua bilik lain yang sesuai untuk anak anak.
Rumah ini juga mempunyai dua buah bilik air, jadi masing masing tidak perlu berebut untuk menggunakannya. Rumah ini juga mempunyai ruang untuk stor dan ruang makan.
Ini menjadikan ia sebuah rumah yang mempunyai ruang yang cukup selesa untuk anda sekeluarga untuk hidup aman dan selesa di dalamnya.
Rumah bandar ini bukan sahaja selesa di dalam tetapi di sekitarnya juga kerana ia hampir dengan beberapa kemudahan asas yang sudah tentunya memudahkan hidup anda sekeluarga.
Rumah Bandar Dekat Dengan Kemudahan Asas
Selain mempunyai kawasan persekitaran yang dijamin selamat kerana mempunyai kamera perimeter dan serta aspek keselamatan berfungsi seperti berpagar dan berpengawal, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan.
Di antara kemudahan di rumah KITA Bayu ialah landskap indah dan lapang dipenuhi dengan rumput rumput hijau. Ini membolehkan anda berinteraksi dan bersosial sesama sendiri dan jiran tetangga.
Dengan adanya kawasan ini, anda sekeluarga boleh meluangkan masa bersama untuk aktiviti riadah dan bersukan sambil menikmati persekitaran semulajadi yang tenang dan indah.
Ini secara tidak langsung boleh mengubah tabiat anak-anak zaman kini yang cenderung untuk menghabiskan masa dengan gajet kepada kehidupan hidup yang lebih sihat dan bersosial.
Kawasan juga menyediakan trek joging dan laluan siar kaki dan taman linear untuk aktiviti sosial dan beriadah bersama keluarga dan jiran.
Selain itu, ia juga mempunyai taman permainan kanak-kanak dan taman permainan gasing untuk anak-anak bermain.
Kawasan ini juga mempunyai ruang barbeku dan pusat komuniti sekiranya anda sekeluarga memerlukan ruang yang luas untuk mengadakan majlis kecil atau makan makan dengan kenalan.
Selain itu, terdapat kemudahan-kemudahan lain seperti beberapa buah institut pengajian, pusat membeli belah, masjid, hospital, dan kawasan istirehat.
Mudah Pergi ke Tempat Kerja
Dengan kedudukan yang strategik di antara Cyberjaya dan Salak Selatan, rumah bandar KITA Bayu pasti dapat menarik minat anda.
Kawasan perumahan ini mudah dicapai menerusi beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Di antara kemudahan yang berhampiran termasuklah:
1) Restoran Makanan Segera
- KFC Dengkil – 5 km
- McDonald Cyberjaya – 8 km
- Burger King – 7 km
- A&W Cyberjaya – 7 km
2) Kedai Serbaneka
- 7-Eleven Cyberjaya – 8.5 km
- KK Super Mart Cyberjaya – 8.7 km
- Family Mart D’ Pulze Shopping Mall – 8.5 km
- 99 Speedmart, Dengkil – 5 km
- My One Shop, Dengkil – 5 km
3) Pihak Berkuasa
- Balai Bomba Cyberjaya – 6.8 km
- Balai Polis Dengkil – 5.7 km
4) Hospital
- Hospital Putrajaya – 10.7 km
5) Pasaraya
- AEON Big Putrajaya – 16 km
- Jaya Grocer D’ Pulze – 8.7 km
- Pasar Dengkil – 7.5 km
6) Perkhidmatan Perbankan
- Maybank Cyberjaya – 7.6 km
- CIMB Bank Cyberjaya – 8 km
- BSN, Dengkil – 5 km
Ini secara tidak langsung memudahkan perjalanan anda untuk ke tempat kerja dan dapat menjimatkan masa dengan merancang perjalanan anda dengan lebih teliti.
Dengan keterangan di atas, diharapkan ianya dapat membantu anda dalam misi mencari rumah idaman yang mampu milik, bersesuaian dengan citarasa dan selesa untuk anda sekeluarga.
Jika anda berminat dengan rumah bandar KITA Bayu ini, anda patut mempertimbangkannya kerana ia sememangnya pelaburan yang berbaloi!
Kawasan perumahan ini dibina oleh LBS Bina Group yang bukan sahaja pakar dalam membina rumah, tetapi juga pakar dalam membina landskap dan komuniti yang baik untuk keselesaan anda.
Moto mereka ialah untuk mewujudkan kawasan yang harmoni dan ceria untuk rakyat Malaysia dari segi kawasan perumahan, kedai, aset, hospitaliti, dan pelancongan.
Di antara projek mereka ialah KITA Bayu yang terletak di KITA @ Cybersouth, Dengkil, Selangor dengan harga yang bermula daripada RM 409,900.
Selain townhouse ini, di antara projek lain yang sedang dibangunkan adalah KITA Harmoni dan KITA Impian.
Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang townhouse KITA Bayu, sila klik di sini untuk melihat risalah.