7 Sebab Anda Patut Beli Rumah Sekarang

May 20, 2020

“Perlukah saya beli rumah sekarang?”

Itu adalah persoalan yang sering ditanya oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Faktor masa mungkin menyebabkan anda bertangguh untuk memiliki rumah sendiri, namun terdapat beberapa sebab penting yang dapat mengubah fikiran anda tentang keperluan untuk membeli rumah.

Jawapannya ada di dalam artikel ini. Teruskan membaca sehingga tamat.

 

1. Harga Rumah Makin Meningkat

beli rumah


Semua sedia maklum bahawa harga rumah semakin meningkat. Kalau pada tahun 1990, harga rumah dalam lingkungan RM100,000, pada masa kini, ianya boleh
mencecah harga sehingga RM1,000,000. Ada dua sisi tentang fakta ini yang boleh anda lihat.

Pertama; anda belum membeli rumah tapi menangguh hingga ke tahun depan. Rumah yang anda rancang untuk beli tersebut sudah pasti meningkat harganya.

Kedua; anda sudahpun membeli rumah impian anda, beberapa tahun kemudian anda boleh menjualnya pada harga yang lebih tinggi kerana market harga rumah memang meningkat.

Situasi yang mana anda inginkan? Sudah tentu yang kedua. Ini kerana hartanah seperti rumah akan membawa pulangan yang agak tinggi.

2. Gaji Anda

beli rumah

Secara jujurnya gaji anda tidak meningkat sepantas kenaikan harga rumah.

Ini mungkin membuatkan anda tidak mampu dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kenaikan harga hartanah boleh mencecah sehingga 12% setahun.

Sekiranya anda  ingin membeli rumah berharga RM200,000, harganya akan meningkat kepada RM224,000 pada tahun depan.

Kalau anda tunggu sehingga anda berduit untuk membelinya, mungkin anda akan terlewat.

Jadi anda perlu lock rumah yang anda impikan dengan harga semasa sebelum ianya meningkat tahun depan.

3. Boleh Dijadikan Aset Atau Long Term Investment

beli rumah

Apabila anda mempunyai rumah, anda secara automatiknya mempunyai aset hartanah yang bernilai. Rumah juga boleh dijadikan cagaran kepada pihak urusan perundangan dan perbankan.

4. Boleh Diwarisi

beli rumah

Berbanding aset lain seperti kereta, bila anda beli rumah ianya boleh diwarisi dengan syarat anda sentiasa memastikan rumah boleh diduduki di samping penyelenggaraan dan penambahbaikan dilakukan secara berterusan.

Pastikan rumah dalam keadaan terbaik dan boleh didiami oleh generasi anda yang seterusnya.

5. Pendapatan Sampingan

Bayangkan sekiranya anda masih lagi berada di dalam situasi kedua sebentar tadi, anda akan dapat beberapa kelebihan.

Kalau rumah yang dibeli tidak didiami, anda boleh jadikannya sebagai rumah sewa.

Anda boleh menetapkan harga sewa bulanan kepada penyewa. Dengan ini anda akan sentiasa mempunyai pendapatan sampingan yang tetap setiap bulan.

6. Tempat Perlindungan

beli rumah

Rumah sememangnya tempat perlindungan dan juga tempat berteduh. Mengapa ianya penting?

Sekiranya anda masih menyewa rumah, tuan rumah berhak menamatkan kontrak sewaan atau menaikkan harga sewa rumah pada bila-bila masa.

Kalau anda mempunyai rumah sendiri, anda tidak perlu risau dengan harga yang tiba-tiba meningkat kerana kontrak yang anda tandatangani adalah komitmen yang anda mampu bayar mengikut persetujuan.

Situasi ini pasti berbeza dengan menyewa kerana terdapat situasi di mana tuan rumah tidak mempunyai surat perjanjian yang sah, jadi anda sendiri mungkin tiada hak ke atas rumah yang anda sewa.

7. Lebih Murah Untuk Didiami

Fakta ini sebenarnya hanya untuk rumah baru.

Kebanyakan pemaju menawarkan harga yang murah untuk rumah baru kepada pembeli dengan harga promosi yang menarik.

Rebat, diskaun, deposit murah, anda lihat sahaja iklan pemaju rumah, pasti anda akan terserempak dengan perkataan ini di promosi mereka.

Kalau diambil kira point yang pertama sehingga yang ke tujuh pasti anda lihat rumah baru lebih berbaloi, bukan?

Malah anda boleh kunci harga rumah yang sedia ada dengan gaji  sekarang supaya anda tidak perlu mengejar saban tahun dek kerana harga rumah makin meningkat.

Jadi di mana anda harus bermula?

 

Rumah Impian KITA @ Cybersouth

beli rumah

 

 

Siapa yang tidak mahukan rumah yang berkualiti dan selesa dengan suasana yang tenang lagi mendamaikan untuk keluarga mereka?

 

Jika anda sedang mencari kawasan perumahan di sekitar Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, KITA @ Cybersouth adalah jawapannya!

 

Ianya terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

 

KITA @ Cybersouth adalah kawasan perumahan di atas tanah rizab Melayu dengan keluasan 633 ekar. 

 

Kawasan perumahan ini boleh dicapai dengan beberapa lebuh raya utama seperti:

 

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), 
  • Lebuhraya Maju (MEX) 
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) 
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) 
  • Jalan Dengkil-Banting

 

KITA @ Cybersouth juga terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah utama seperti D’Pulze, Aeon Big Putrajaya dan Alamanda Putrajaya.

beli rumah

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu;

 

  • KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat)
  • KITA Bayu (rumah bandar)
  • KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan)

Apa tunggu lagi? Miliki rumah idaman untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram