Terdapat banyak kempen dan promosi pemilikan rumah diadakan di seluruh Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli rumah sendiri.
Projek perumahan giat dijalankan. Banyak kawasan perumahan baru diteroka untuk menarik minat pembeli rumah baru. Hakikatnya, masih banyak rumah yang belum terjual.
Statistik sejak dari tahun 2018 menyatakan bahawa bilangan pembeli rumah adalah sedikit berbanding rumah yang dibina.
Ini adalah punca-punca mengapa anda masih belum mampu memiliki rumah impian anda:
1. Gaya Hidup Sedia Ada Vs Kos Sara Hidup
68% rakyat Malaysia mempunyai hutang tinggi. Menurut pakar ekonomi, peningkatan kos hidup berbanding pendapatan isi rumah rendah memaksa sesetengah rakyat Malaysia berhutang.
Tambahan pula, penggunaan kad kredit menjadikan rakyat Malaysia boros berbelanja. Dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, hutang kad kredit bertambah dan boleh menjadi muflis.
Menurut Sinar Harian, harga maksimum rumah mampu dimiliki rakyat Malaysia pada hari ini hanya bernilai RM282,000.
2. Kurang Mengkaji Hartanah Di Malaysia
Salah satu tips beli rumah yang berguna adalah mengkaji tentang keadaan hartanah di negara kita.
Antara ciri rumah impian kebanyakan pembeli adalah lokasi yang strategik, lengkap dengan fasiliti dengan harga yang mampu dimiliki.
Malangnya, ramai orang akhirnya membeli rumah yang tiada fasiliti asas, tiada kemudahan jalan raya yang elok ataupun kenderaan awam. Ini kerana mereka tidak mengkaji hartanah sebelum membeli.
3. Bayaran Deposit Yang Terlampau Tinggi
Membeli rumah adalah komitmen yang berterusan. Tidak kiralah anda membeli terus secara tunai ataupun berhutang. Inilah sebab mengapa pengurusan kewangan merupakan tips beli rumah yang paling penting untuk diutamakan.
Namun, duit muka yang diberikan sesetengah pemaju adalah terlampau tinggi.
Bagi mereka yang berpendapatan rendah, peluang untuk memiliki rumah sendiri amat tipis.
4. Tak Cukup Syarat Untuk Meminjam
Untuk membeli rumah, cara yang mudah adalah dengan membuat pinjaman bank. Tetapi tidak ramai yang layak untuk meminjam kerana syarat dan kriteria ketat yang ditetapkan.
Di antara faktor penyebabnya adalah rekod CCRIS dan CTOS yang tidak baik.
Ianya ada kaitan dengan bayaran pinjaman seperti:
- Pinjaman pelajaran
- Kad kredit
- Hutang kereta
- Bil telefon
Apabila bayaran komitmen bulanan tertangguh atau lewat, ianya akan dipaparkan di CCRIS dan CTOS.
Sekiranya rekod CCRIS dan CTOS tidak baik, kebarangkalian untuk bank memberikan pinjaman adalah tipis.
Oleh yang demikian, antara tips beli rumah yang lain juga adalah dengan memperbaiki rekod CCRIS anda. Ini boleh dilaksanakan dengan menyelesaikan hutang pinjaman dengan segera dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.
Anda boleh mula merancang sekarang untuk mengumpul wang yang mencukupi untuk deposit rumah anda.
Bagi anda yang mampu untuk memiliki rumah sendiri, KITA @ Cybersouth dapat memenuhi keinginan anda.
Ia adalah kawasan perumahan yang dibina di kawasan seluas 256.17 hektar di atas tanah rizab Melayu.
Bertemakan gaya hidup keluarga moden dan kehidupan masyarakat dengan harga mampu milik.
Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).
KITA Bayu
Sesuai untuk anda yang berkeluarga atau baru membina keluarga, anda boleh lihat kedua-dua rumah teres ini. Pilihan untuk anda duduk di rumah bandar juga ada.
● Rumah teres 2 tingkat | ● Rumah bandar |
● Harga dari RM550,000 | ● Harga dari RM409,900 |
● 20’ x 60’ | ● 20’ x 75’ |
● 1447 kaki persegi | ● Tingkat bawah : 1,346 kaki persegi ● Tingkat atas : 1,483 kaki persegi |
● 4 bilik tidur, 3 bilik air | ● 3 bilik tidur, 2 bilik air |
KITA Harmoni
Kalau anda inginkan rumah teres yang lebih luas, KITA Harmoni sesuai untuk anda yang mahukan terbaik untuk diri mahupun keluarga anda.
● Rumah teres 2 tingkat |
● Harga dari RM570,000 |
● 20’ x 65’ |
● 1491 kaki persegi |
● 4 bilik tidur, 3 bilik air |
KITA Impian
Anda lebih berminat dengan rumah jenis apartmen atau pangsapuri perkhidmatan yang lebih privasi? Anda boleh lihat Kita Impian. Terdapat dua pilihan untuk anda. Kedua-duanya menepati ciri-ciri rumah impian anda dengan harga mampu milik.
● Pangsapuri perkhidmatan | ● Pangsapuri perkhidmatan |
● Harga dari RM338,800 | ● Harga dari RM250,000 |
● 901 kaki persegi | ● 551 kaki persegi |
Miliki rumah impian untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.