KITA @ Cybersouth menjanjikan pengalaman unik untuk anda sekeluarga untuk mengalami kehidupan hijau di kawasan bandar yang selesa dan aman harmoni.
Jika anda sedang mencari rumah yang sesuai untuk anda tinggal bersama keluarga atau untuk dijadikan aset, berikut adalah 4 kelebihan memiliki kediaman di KITA @ Cybersouth.
Harga Berpatutan Dengan Kualiti Terhebat
Jika ingin dibandingkan dengan projek perumahan berhampiran yang lain, KITA @ Cybersouth boleh dikatakan antara yang amat berpatutan bermula dengan anggaran RM330K sahaja.
Projek ini dibangunkan oleh LBS Bina Group yang memang terkenal dengan pelbagai projek yang berkualiti. Jadi ia memang tidak disangkal lagi ianya amat berbaloi untuk membeli rumah di Cybersouth.
Reputasi LBS yang diketahui dengan hasil finishing yang baik dari segi jubin lantai dan dinding, pintu, cermin, dan segala perlengkapan berpatutan memang setaraf dengan harganya.
Konsep Rumah Moden dan Menarik
Selain itu, konsep rumah yang ditawarkan di KITA @ Cybersouth juga adalah menarik selain selamat dan selesa. Kawasan perumahan ini juga adalah berpagar dan berpengawal.
Pembeli tidak perlu risau akan keselamatan jika ingin tinggal di kawasan perumahan KITA @ Cybersouth. Keluasan jalan di antara sebuah rumah dengan yang lain juga luas, membolehkan kawasan ini tidak kelihatan padat.
Antara jenis jenis rumah yang ditawarkan termasuklah townhouse, rumah teres dua tingkat, dan pangsapuri perkhidmatan.
Kepelbagaian jenis rumah ini adalah kerana LBS Bina Group ingin menyediakan pelbagai jenis rumah yang sesuai untuk setiap citarasa masyarakat di Malaysia.
Akses Mudah Kepada Kemudahan Dan Lebuh Raya Utama
Kemudahan awam yang berdekatan dengan rumah adalah di antara faktor yang penting sebagai pemilihan rumah.
KITA @ Cybersouth adalah berdekatan dengan lebuh raya utama seperti:
- Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
- Lebuhraya MAJU (MEX),
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
- Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
- Jalan Dengkil-Banting
Aksesibiliti kepada lebuh raya ini memudahkan laluan anda untuk masuk ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ia juga adalah sesuai bagi anda yang bekerja di bandar-bandar utama dan sedang bercadang untuk membeli rumah.
Selain itu, kawasan perumahan ini terletak di lokasi strategik di Dengkil, Selangor yang berhampiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya.
Ia berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi.
- 1.4 km ke UITM Dengkil Campus
- 5 km ke Heriot-Watt University Malaysia
- 6.3 km ke DāPulze Shopping Centre
- 6.9 km ke SMK Dengkil
- 7.1 km ke SK Dengkil
- 7.5 km ke Multimedia University
- 8.6 km ke Hospital Putrajaya
- 13.5 km ke Bukit Unggul Country Club
- 14.3 km ke AEON Big
- 14.6 km ke Alamanda Shopping Centre
- 18 km ke IOI City Mall
- 22 km ke Mitsui Outlet Park
- 25 km ke KLIA
Perumahan Baru Yang Serba Lengkap
Selain hampir dengan pelbagai kemudahan di kawasan sekitar, KITA @ Cybersouth juga mempunyai pelbagai kemudahan fasiliti yang disediakan di dalam kawasan perumahan tersebut.
Antara kemudahan yang disediakan ialah landskap indah dan lapang dipenuhi dengan rumput hijau yang membolehkan anda berinteraksi dan bersosial sesama sendiri dan jiran tetangga.
Dengan adanya kawasan ini, anda sekeluarga boleh meluangkan masa bersama untuk aktiviti riadah dan bersukan sambil menikmati pemandangan persekitaran yang indah.
Ini secara tidak langsung boleh mencegah tabiat anak anak pada zaman kini yang lebih cenderung untuk menghabiskan masa di depan gajet dan berubah ke arah hidup yang lebih sihat.
Antara kawasan yang disediakan untuk aktiviti sosial dan beriadah ialah trek jogging, laluan siar kaki dan taman linear di mana anda boleh beriadah bersama keluarga dan jiran.
Selain itu, ia juga mempunyai taman permainan kanak kanak yang selesa dan selamat.
Kawasan ini juga mempunyai ruang barbeku dan pusat komuniti sekiranya anda sekeluarga memerlukan ruang yang luas untuk mempunyai majlis kecil atau makan makan dengan kenalan.
Diharapkan penerangan dari artikel ini boleh membantu anda untuk mengetahui tentang kelebihan dan faedah memiliki rumah di KITA @ Cybersouth.
Jika anda berminat dengan kawasan perumahan KITA @ Cybersouth ini, ada beberapa perkara lagi yang anda perlu tahu jadi teruskan membaca.
Selain pakar dalam membina rumah, LBS Bina Group juga pakar dalam membina landskap dan komuniti yang baik untuk keselesaan para penduduk di kawasan yang dibina.
Moto mereka ialah untuk mewujudkan kawasan yang harmoni dan ceria untuk rakyat Malaysia dari segi kawasan perumahan, kedai, aset, hospitaliti, dan pelancongan.
Antara projek kebanggaan mereka yang boleh didapati di KITA @ Cybersouth ialah townhouse iaitu KITA Bayu dengan harga yang bermula dari RM 409,900.
Townhouse ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi setiap tingkat dan mempunyai keluasan 1,346 kaki persegi untuk tingkat bawah dan 1,483 kaki persegi untuk tingkat atas.
KITA Bayu juga mempunyai rumah jenis teres dua tingkat jika anda lebih berminat dengan teres berbanding townhouse. Selain itu, terdapat juga teres dua tingkat yang lain iaitu KITA Harmoni.
Rumah ini lebih sesuai untuk keluarga besar dan ia mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, sesuai untuk keselesaan sekeluarga tanpa perlu berebut.
Bagi anda yang berminat dengan pangsapuri perkhidmatan, mereka juga mempunyai KITA Impian. Rumah ini biasanya disyorkan kepada pasangan baru berkahwin.
KITA Impian mempunyai dua jenis rumah iaitu jenis A dengan keluasan 901 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dan juga jenis B yang lebih kecil.
Jenis B mempunyai keluasan 551 kaki persegi dengan 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Kerana saiz dan harganya, ia kebiasaannya menjadi pilihan pasangan baru berkahwin atau bujang.
Rumah yang ditawarkan KITA @ Cybersouth menawarkan kediaman yang selesa, persekitaran yang tenang dan keselamatan yang baik.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ini.