3 Faktor dan Kelebihan Kediaman di Cybersouth

June 10, 2020

Pemilihan rumah yang tepat adalah penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang mencari rumah di tengah-tengah bandar seperti di Cybersouth.

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu fikir sebelum membeli rumah di kawasan bandar. Dalam artikel ini, kami akan berikan 3 faktor pemilihan kediaman yang anda perlu tahu.

 

3 Faktor Pemilihan Kediaman di Cybersouth

 

 

Kemudahan Yang Pelbagai

Ini adalah faktor penting bagi mereka yang ingin mencari rumah baru.

Sebelum membeli, anda perlu mengkaji kawasan tersebut untuk mengetahui kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di situ.

Di antara kemudahan atau fasiliti yang  baik adalah dengan adanya taman permainan dan tempat riadah. Ini sesuai untuk pembeli rumah yang mempunyai anak-anak kecil.

Kawasan seperti ini memberi ruang kepada mereka untuk membawa anak bermain-main pada waktu petang. 

Ini juga satu aktiviti yang sihat untuk mengelakkan kebosanan anak yang terperap di rumah dengan hanya menonton televisyen atau bermain komputer sahaja. 

Tempat riadah pula memberikan peluang untuk mereka yang gemar bersenam dan berjoging sambil menikmati udara yang segar.

Selain kemudahan seperti di atas, kemudahan pendidikan juga perlu diambil kira.

Jika terdapat sekolah atau universiti yang berdekatan, ia memudahkan urusan untuk menghantar anak-anak ke sekolah atau ke universiti.

Ia boleh menjimatkan masa dan wang ringgit kerana jarak perjalanan yang dekat.

Anda boleh mengetahui Infrastruktur KITA @ Cybersouth untuk melihat pelan dan kemudahan yang terdapat di kawasan ini. 

 

Aksesibiliti di Sekitar Cybersouth

mex

Akses kepada jalan utama juga adalah faktor pemilihan rumah yang penting. Kemudahan untuk jalan masuk dan jalan keluar boleh mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjimatkan masa perjalanan.

Untuk kawasan perumahan di KITA @ Cybersouth, aliran trafik adalah mudah ke lebuhraya-lebuhraya utama seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  • Lebuhraya MAJU (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil-Banting.

Aksesibiliti kepada lebuh raya ini memudahkan laluan anda untuk masuk ke jalan-jalan utama seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Ia juga adalah sesuai bagi anda yang bekerja di bandar-bandar utama dan sedang bercadang untuk membeli rumah.

 

Rumah Mampu Milik

Faktor harga menjadi penentu utama bagi kebanyakan orang yang sedang mencari rumah. Ini kerana tidak semua orang mampu untuk memiliki rumah sendiri yang selesa untuk didiami.

 Projek perumahan KITA @ Cybersouth menyediakan kediaman selesa untuk seisi keluarga dengan persekitaran yang tenang dan mendamaikan. Terdapat 3 jenis projek yang ditawarkan: 

  • KITA Bayu
  • KITA Harmoni
  • KITA Impian

KITA Bayu

Di KITA Bayu, terdapat dua jenis rumah yang ditawarkan iaitu rumah teres KITA Bayu 2 tingkat dan rumah bandar KITA Bayu. 

Kedua-dua jenis rumah ini mempunyai kelebihan masing-masing. Anda boleh memilih di antara dua jenis rumah ini mengikut cita rasa dan kemahuan anda. 

Bagi rumah teres KITA Bayu, harga bermula dari RM 550,000 manakala untuk rumah bandar KITA Bayu, harga bermula dari RM 409,900.

Ini harga yang mampu milik dengan kualiti yang terbaik dan memuaskan.

KITA HARMONI

Di KITA Harmoni, rumah yang ditawarkan adalah rumah teres 2 tingkat dengan reka bentuk moden kontemporari dan keluasan ruang bagi hiasan dalaman yang kreatif.

Ia sangat sesuai untuk pembeli yang inginkan reka bentuk rumah yang menarik.

Harga bagi rumah di KITA Harmoni bermula dari RM570,000. 

Ia juga merupakan rumah mampu milik dengan harganya yang masih rendah berbanding projek lain di luar sana.

KITA IMPIAN

Projek yang terakhir adalah rumah pangsapuri perkhidmatan didatangkan dengan kelengkapan yang lengkap untuk gaya hidup moden dan seimbang.

Antara fasiliti yang terdapat di KITA Impian adalah kolam renang dan juga gimnasium.

Harga bagi rumah pangsapuri perkhidmatan ini bermula dari harga mampu milik iaitu RM 250,000. 

Rumah ini juga merupakan rumah yang sesuai untuk anda yang ingin menetap di kawasan Cybersouth.

Kesimpulannya, masih terdapat rumah yang kualitinya tinggi dan berada dalam harga yang mampu milik. 

Anda perlu membuat penyelidikan yang teliti sebelum membeli supaya mendapat ‘deal’ yang terbaik. Faktor-faktor di atas juga perlu dipertimbangkan semasa membuat pilihan.

Anda boleh memiliki rumah mampu milik yang dibina oleh LBS Bina Group.

LBS Bina adalah sebuah syarikat Malaysia yang merupakan pakar dalam membina rumah dengan infrastruktur yang lengkap.

Mereka menekankan jenis rumah yang mampu milik supaya semua orang mendapat peluang untuk memiliki rumah yang selesa dengan kualiti yang tinggi. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram